Testimoni Gaya UKM

Saya tak pasti kenapa saya tak berminat untuk menunjukkan skrinshot testimoni gaya UKM yang telah saya lakukan. Saya juga tidak mengenakan sebarang deposit pun untuk perkhidmatan ini. Konsep saya mudah, saya buat dan bayaran dilakukan selepas semuanya selesai. Bagi saya perkhidmatan ini berasaskan satu kepercayaan dan amanah. Justeru saya tidak akan mendedahkan mana-mana tesis sesiapapun kepada pihak ketiga. Lagi-lagi saya hanya mengenakan bayaran yang rendah saja. Ibaratnya, I have nothing to lose, I have everything to gain.

Saya tidak menjual produk, saya hanya menghulurkan bantuan dan sedikit bayaran itu bagi saya adalah penghargaan yang saya kira sebagai apresiasi yang bolehlah dibuat untuk membayar hutang belajar ketika sarjana dahulu 😉 Saya tiada gaji tetapi Allah tetapkan limpahkan rezeki. Mengenal pelbagai orang, menerusi perkhidmatan ini membuatkan saya belajar banyak perkara. Dan ini adalah rezeki yang sukar didapati di mana-mana.

Terima kasih kerana mempercayai perkhidmatan saya. Maafkan saya sekiranya ada kekurangan di mana-mana, dan kelewatan sesekali disebabkan kekangan yang tak dapat dihindarkan. Setiap bayaran yang dilebihkan (mashaAllah sangat ramai, segan rasa). Terima kasih, semoga mudah dan murah rezeki kalian.

Perkhidmatan Gaya UKM

Alhamdulillah rezeki dimusim pandemik ini, ramai pelajar UKM yang meminta bantuan untuk suntingan format Gaya UKM.

Biasanya saya meletakkan harga RM30 sahaja untuk latihan ilmiah, memandangkan kebiasaannya susun atur tidaklah rumit berbanding dengan tesis sarjana atau doktor falsafah yang kebanyakannya banyak dengan jadual dan rajah. Lagi-lagi niat saya sebenarnya untuk membantu saja. Saya cuma berharap bantuan ini dikira sebagai sedekah jariah oleh Allah SWT 🙂

Ramai juga yang tanya sama ada saya guna edisi Gaya UKM yang mana satu. Setakat ini saya menggunakan edisi 2015, memandangkan ini adalah edisi paling terbaharu. Setelah didapati juga, edisi terdahulu tidaklah banyak beza kecuali yang saya perhatikan saiz tajuk dan subtajuk menggunakan 11 poin sahaja. Boleh dapati panduan dan template di sini ya:

Juga untuk melihat do’s and don’t dalam penulisan dan format juga boleh dirujuk di sini:

Click to access Lampiran-A-BM-Nota-Kesalahan-Umum-GAYA-UKM.pdf

Tambahan: Boleh hubungi saya untuk semakan dan pertanyaan (percuma saja). Walaupun saya kini pelajar di universiti lain, saya masih menggunakan cara penulisan UKM 🙂 Bezanya gaya penulisan UIA hanya menggunakan langkau 2.0 😉

Akhirnya kena swab dan positif…

Kini kes di Selangor berada di paras bahaya, tanpa amaran, kami sekeluarga juga menerima nasib serupa, menjadi sebahagian daripada puluhan ribu kes, yang mengakhirkan satu pemergian abadi bonda tersayang.

Sehingga kini, setelah habis kuarantin selama 21 hari, saya tidak pasti mana satu gejala covid-19 yang saya alami. Seolah-olah ia bersatu, bercampur baur dalam keadaan saya yang mengalami episod depresi, fasa grieving dan anxiety. Ketika assesment di Covid Assesment Centre (CAC) pun sukar rasanya nak beritahu keadaan sebenar, cuma menariknya nikmat rasa dan bau itu masih ada. Jadi, mana satu gejala Covid saya? Entah. Sakit kepala, fatigue, shortness of breath, setelah dinilai semula (check SPO) boleh jadi hanyalah anxiety attack, grieving episode.

Saya tahu ramai lagi yang menerima nasib yang lebih kurang sama, malah lebih teruk juga. Dalam keadaan kita positif covid-19, sesuatu yang kita tak pernah terbayang, kehilangan pula individu yang kita paling sayang. Sungguh inilah ujian yang berat dan sesuatu yang paling saya takut selama ini telah pun terjadi, iaitu kehilangan Ma yang tersayang. Yang saya tak boleh nak ringkaskan dengan apapun tentang setiap perasaan-perasaan menjaga Ma sepenuh masa sejak 2018 yang lalu.

Semalam adalah genap seminggu Ma saya pergi buat selamanya. Apabila orang sekeliling tanya pasal simptom Ma, sesungguhnya, sebelum Ma diambil masuk ke wad, Ma tidak mengalami simptom yang serius pun. Cuma Ma khabarkan ketika swab, hanya bersin saja. Sesak nafas? Tiada. Tapi virus ini jahat sungguh, rupanya dalam masa sekejap saja telah menyerang paru-paru Ma. Hari Rabu (30 Jun) Ma di bawa ke wad, Khamis, Jumaat dan Sabtu kami masih boleh berbual dengan Ma ditelefon. Masuk saja hari Ahad, kami hubungi dari pagi tapi tidak ada jawapan. Tengahari Ahad, saya telefon wad dan bercakap sendiri dengan doktor yang merawat Ma, untuk memohon supaya diizinkan saya menjaga Ma, memandangkan saya juga telah disahkan positif. Namun polisi SOP tidak membenarkan penjaga di wad covid. Kata beliau, kalau macam tu cuba tanya pengurusan. Disebabkan pengurusan buka pada hari Isnin, maka terpaksalah ditunda dulu permohonan untuk saya menjaga Ma.

Rupanya malam itu, kami dikhabarkan bahawa Ma sudah pun diberi oksigen paling tinggi sebab rasa sesak nafas, dan virus Covid telah pun menyerang paru-paru Ma. Ketika itu, semua orang dalam keadaan denial. Sebab kami tahu Ma sangat kuat. Ketika 2018 dulu pun, Ma koma selama 10 hari. Ma crash-lander. Ma survive. Alhamdulillah malam itu, sempat kami bervideo-call tujuh beradik menatap Ma yang ketika itu rupanya kali terakhir kami melihat Ma masih dipinjam nyawa.

5.05 pagi Isnin, 5 Julai 2021. Ma meninggalkan dunia ini dengan aman. Sudah tiada lagi derita Ma di dunia ini. Sudah habis air mata yang ditumpah, yang moganya menjadi saksi bahawa betapa kuatnya Ma berjuang, tidak putus asa untuk berdoa kepada Allah sepanjang hayatnya. Tiada kata yang mampu dirasakan, hanya rasa pedih dan pecah seluruh hati. Satu sebab saya tak dapat nak jaga Ma sampai habis (saya tak pernah tinggalkan Ma saya di hospital, pergilah hospital mana pun, dari Hospital Temerloh, Hospital Sg Buloh, Hospital Kuala Lumpur sampailah Hospital Selayang). Kedua, kami semua tak sempat nak minta maaf dengan mak. Perkataan tu macam tersekat di kerongkong, sebab rasa pedih betul-betul menguasai. Tambah-tambah saya memang denial. Saya yakin Ma pulang dengan sihat sejahtera. Saya sudah tidak kisah apa-apa pasal hidup saya yang penting saya dapat jaga Ma. Hanya itu saja yang saya niatkan sejak 2018 lagi.

Hari ini hari ke 13 saya dijangkiti Covid dan saya telah kehilangan Ma tersayang. Semoga almarhumah Hajah Faridah Hitam ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh, dan dikurniakan syahid.

Terima kasih untuk doktor yang merawat Ma, Doktor Siva, jururawat-jururawat disamping yang mengelap peluh di dahi Ma, yang menemani Ma dihujung hayatnya. Terima kasih semoga Allah memberkati semua. Kami tak tahu siapa, tapi hanya Allah saja yang boleh balas segala kebaikan kalian.